BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, December 10, 2013

Banjir oh Banjir~

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

Moga semuanya sihat-sihat belaka dan berada didalam keadaan yang baik..

Sekarang ni musim banjir jadi pada anda-anda yang berada dikawasan banjir tu tolonglah berhati-hati.. sebabnya air ni pun macam api.. kecik-kecik kawan, dah besar boleh jadi lawan.. kita takmau la dengar ada yang menjadi korban keganasan air banjir ni..

pic credited to google search

buat ibubapa / abang-abang / kakak-kakak jaga anak-anak dan adik-adik kalian supaya jangan seronok sangat bila main air banjir.  Air banjir ni pun bukannya bersih sgt.. banyak kuman yang ada dlm air tu.. nnt sakit susah pulak..

tapi 2 3 hari ni cuaca dah semakin elok.. panas terik jer.. alhamdulillah~
bila dah panas ni boleh la mengurangkan paras air banjir.. insyaAllah 2 3 hari dah boleh surut banjir dan mangsa-mangsa banjir di kawasan pemindahan boleh lah pulang ke rumah masing-masing..

bila dah surut banjir ni.. kerja-kerja pembersihan rumah / kawasan kne jalankan.. memang memerlukan tenaga dan kesabaran yang tinggi.  Aku rasa kebanyakan barang-barang dalam rumah semuanya rosak dan tidak boleh digunakan lagi.. mungkin termasuk kereta dan motor sebab bila tengok gambar habis semua kereta terapung jer..

dalam menghadapi banjir ni semua kenalah tahan mental dan emosi.  rasanya sape yang tak sabar dan tak kuat semangat memang tak boleh hadap dugaan ni.. aku yang baru banjir sikit aritu dah kecoh.. blom pun air masuk dalam keta, baru je kat bawah enjin pn aku dah cuak.. ni kan pulak yang rumah nampak bumbung jer..

papepun.. sekali lagi berhati-hati dalam musim banjir ni.. insyaAllah dengan izin Allah semuanya akan kembali seperti biasa. Aku hanya mampu mendoakan keselamatan dan kesejahteraan kalian dari jauh.. nanti balik ni nak kumpul baju-baju yang masih elok utk didermakan..

sampai sini saja.. kita jumpa lagi di entri yang lain ye.. nnt aku post gambar-gambar time dinner company plak.. owh lupa plak esk Selangor cuti! yahooooo! :)

*suara dah lain bila bercakap tanda-tanda nk demam + sakit tekak*

0 comments: