BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, October 11, 2013

Hellooo.. Helllooo.. Helllloooooo...

Hye.. hye.. hye..

Macam lama je dah tak menjengah blog kesayangku ini.. heheh..

Dah berhabuk sikit bila tengok keaadaanya.. biasalah kan lately ni rasa macam busy sikit dengan tugasan-tugasan ku di pejabat.. nak bernafas pun macam tak sempat.. bila dah balik rumah memang tak la nak update-update ni.. hahaha.. bila kat rumah itu adalah waktu untuk berehat.. say not to laptop or other works.. but not applicable to my tab.. hahaha..

Disebabkan kilangku ini tengah sibuk dengan projek, jadi serba sikit aku pun terkena la tempiasnya.  Sekarang ni sibuk siapkan permohonan visa untuk engineer-engineer dari overseas.. Banyak jugaklah dokumen yang perlu diisi dan perlu disiapkan.. tapi tak pelah, sentiasa positif dan anggap itu adalah pengalaman baru.. lepas ni boleh dikatakan expert la bab-bab visa application ni.. hehe..

Dan apabila membuat visa ni dan perlu berkomunikasi dengan syarikat-syarikat di luar negara, itu adalah satu lagi pengalaman sebabnya ia secara tidak langsung dapat membaiki aku punya communication skills.. dari tak confident nak tulis emel kat diaorg sekarang ni dengan selamber aku mengarang emel tu.. hahaha.. *overconfident sgt ni*

Selain dari tu, aku juga kena deal dengan pihak hotel, buat reservation, deal dengan car rental company, dan lain-lain lagi.. semuanya kena cepat sebab nk kejar dateline *deathline pn bole*

Bagi aku tugas-tugas macamni telah memberi banyak latihan kepada ku untuk berkomunikasi dengan semua pihak walaupun agak memenatkan dan leceh jugak la.. xpe2.. sikit kita kumpulkan pengalaman tu.. mana tau berguna tuk masa hadapan.. cewaahhhh.. hahah..

Okay lah.. xpayah nak tulis panjang-panjang sangat la cik ain pun.. ntah ada orang baca ntah tidak kan.. tp terima kasih pada followers ku yang sudi meluangkan masa membaca ya.. thank you so much!

Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha buat semua umat Islam...

Sekian :)