BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, April 23, 2013

Kerja ku sebagai Event Coordinator

Assalamualaikum semua.. Salam 1Malaysia (ayat poyo.. hahaha..)

Baca tajuk kat atas macam gempak je kan kerja aku.. padahal biasa jer.. hehe.. xda la gempak sangat pn.. cuma aku bersyukur sebab ada kerja dan mempunyai gaji bulanan yang boleh menampung perbelanjaan ku.. cewahhhh~

Aku rasa entry sebelum ini ada bagitahu kan yang aku kerja kat kilang roti Massimo.. ala roti yang baru tu.. bila orang cakap pasal Massimo mesti ada yang cakap macam ni..

"ohhh roti baru tu kan.. yang nak lawan roti G tu..."
"sales Massimo lebih dari roti F kan?? "
"roti Massimo ni lagi sedap dari roti H la.. "
"roti ni yang orang Melayu kena boikot kan.. "
"roti ni yang gunakan tepung bleaching tu kn.. "

bila orang mula mengeluarkan kata-kata diatas, apa reaksi aku adalah NO KOMEN.. aku tak berani la nak komen panjang-panjang kan.. hanya mampu tersenyum.. heheh..

ok berbalik kepada tajuk diatas (sekali lagi ayat poyo.. hahaha..) kerja aku kat sini adalah merancang, mmengawal dan memastikan segala event yang dirancang berjalan dengan lancar. selain daripada itu, aku juga kena merancang dan memastikan segala training didalam dan luar premis berjalan dengan lancar.. nampak tak complicated tugas tu.. hehehe..

tetapi disebalik itu, tugas-tugas ku hanya ada apabila ada event.. bila event dah abis tak tau nak buat paa dan inilah kerjanya apabila tiada kerja.. hahahah.. orang nampak aku sibuk bila ada public visitor yang mana aku akan lakukan semua kerja dari A-Z.. dari dapat request daripada public, pastu mintak approval, susun dalam kalendar, hantar confirmation letter, follow-up dengan visitor, order roti, prepare goody bag, sambut visitor bila diaorang sampai, bagi briefing, jadi speaker menerangkan prose-proses membuat roti, sampailah visitor balik.. fuhhhh penat.. lepas tu macam biasa la kena prepare report dan kira budget yang dikeluarkan..

Kiranya sekarang ni kalau orang awam a.k.a public ni tanya pasal Massimo dan proses-proses nya InsyaAllah aku boleh menjawabnya.. dah tiap-tiap minggu ada visitor pastu terangkan benda yang sama musti la dah naik hafalkan..

Untuk training pun sama.. mula-mula kena cari quotation daripada beberapa training provider lepas ada request daripada HOD, pastu bagi diorang pilih, buat proposal, buat PR, compile name list, email semua orang yang terlibat, order makan & minum, pastikan bilik training siap, register training grant dengan HRDF, liase dengan trainer, pastikan training berjalan lancar, prepare goody bag untuk trainer, compile attendance sheet, photostate sijil bila dah dapat, update training record, claim HRDF.. puhhhh ni pun banyak gak sama macam event tadi..

Dua-dua ni nampak je banyak tapi kalau satu bulan xda event atau training apa la yang nak dibuatkan.. kena la buat-buat busy macam banyak keje.. hahaha.. tp rasanya kalau siapa yang pernah kerja dalam area ni diaorang paham je.. tp paham-paham je la kan kalu keje dalam HR ni..

ok lah.. macam dah panjang lebar pulak bercerita ni.. heheh.. oh lagi satu.. kalau ada sesiapa yang hendak melawat kilang kami bolehlah tulis emel kepada customercare@theitalianbaker.com.my.  Buat masa ini kami hanya schedule 1 minggu 1 group je dan lawatan hanya pada hari bekerja (isnin-jumaat) jadi siapa cepat dia lah dapat..

so aku tepekkan sikit gambar-gambar visitor yang pernah datang melawat ke sini..




Cukup la ni kan 3 gambar.. hehe.. majority yang datang adalah budak-budak sekolah dan orang-orang tua.. Mereka-mereka ni yang selalu keluar untuk melakukan aktiviti bersama-sama..

Sampai sini je rasanya entry kali ni.. lain kali kita sambung lagi ye.. :)

*sejuk la plak duk kat ofis time hujan lebat ni..

Friday, April 19, 2013

Jom Mengundi!

 

Source : Berita Semasa
 

"Mari lah mari pergi mengundi.. jangan lupa kewajipan pada negara.. "

cewahhhh.. pagi-pagi jumaat ni tiba-tiba nak buat entry pasal mengundi.. lagi-lagi bila PRU13 yang sedang hangat berlangsung.. esok (20/4) hari penamaan calon dimana kita boleh lah tengok calon-calon yang bakal bertanding di kawasan masing-masing..

Sebagai pengundi muda dan baru pertama kali nak mengundi memang sangat excited.. hahaha.. tak sabar nak tunggu 5hb Mei ni.. iyalah kan sebagai pengundi muda mestilah semangat nak jalankan tanggungjawab bagi memilih pemimpin yang bakal memimpin negara ke arah yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang selain terus berdaya maju untuk berada setaraf dengan negara-negara maju yang lain *ayat poyo xleh blah*

Tapi dalam keghairahan berkempen ni tak payah lah kita saling memburukkan parti yang lain.. berkempen dengan cara yang berhemah dan terhormat.. tidak perlulah nak timbulkan provokasi yang boleh mencabar antara satu sama lain.. buat semua dalam keadaan aman dan terkawal.. untuk penamaan calon esok pun xperlu rasanya ada kekecohan ditempat penamaan calon.  kalau sebelum ini kita ada sahaja cerita-cerita yang tidak enak dilaporkan di media semasa hari penamaan calon.

Selain daripada itu, masih ramai lagi rakyat-rakyat Malaysia ni tidak mendaftar sebagai pengundi.. Jangan hanya tahu pandai bercakap.. kondem sana sini.. itu tak betul, ini tak betul tapi bila ditanya mengundi kat mana tersipu-sipu malu ckp tak daftar lagi.. cakap berdegar-degar.. slalunya ni semua orang-orang yang lantang bersuara mgutuk kerajaan.. kononnya pilihanraya yang dijalankan tidak tulus dan kerajaan membeli undi.. dan kata-kata yang dikeluarkan jika mereka daftar pn keputusan ttp sama yang mana berpihak kepada kerajaan, lebih baik tidak payah mengundi. tp inilah mentaliti org yang tidak yakin atau boleh dikatakan takut menerima kekalahan.. belum berusaha dah mengaku kalah.. jadi macam mana parti yang disokong tu hendak menang jika mempunyai penyokong seperti ini yang tidak keluar mengundi untuk memastikan calon mereka menang.

Sebenarnya aku pernah la berbalah pasal benda ni dengan member-member aku dulu time internship.. diaorg duk kondem kerajaan.. kutuk sana sini.. join bersih.. tp last2 ambil BRIM jugak.. hehe.. bila ditanya dah daftar belom? jawab yang dikeluarkan adalah sama seperti di atas.. nseb la aku ni jenis dgr dn bersabar tp skali kne tembak trus trdiam.. hehe..

Jadi saya menyeru supaya pengundi-pengundi sekalian buat pilihan yang bijak.. jangan gadaikan negara demi satu janji yang belum dapat dipastikan.. undi anda adalah hak anda..

Pasti ada yang tanya saya sokong dan undi parti mana? Jawapannya... undi adalah rahsia.. heheh..

Selamat Mengundi.. Tunaikan Tanggungjawab Anda sebagai Seorang Rakyat Malaysia..

Sambil duk menaip ni terngiang-ngiang lagu Jom Mengundi (Tomok, Shiha, Ayu & Black nyanyi) yang baru..

Source : Berita Semasa
 

Wednesday, April 17, 2013

Kegilaan Running Man telah melanda diriku~

Salam Sejahtera semua.. :)

Hari ini saya nak berkongsi cerita tentang kegilaan yang telah melanda diriku ini.. #GilaSkemaAyat
hahaha..

Skang ni aku duk gila layan Running Man.. dulu masa mula-mula kuar aku slalu ckp apa la yang best sangat dekat cerita ni.. dan aku ni memang la tak layan cerita korea.. rasanya last sekali tengok drama korea zaman Winter Sonata, Autumn in My Heart dengan Full House pastu dah tak berapa tengok dah..

Picture credit to Google Image

Sekarang ni aku dah gila tengok Running Man walaupun mesti ada yang cakap macam ni..

"Kau ni ketinggalan zaman betul la.. show ni dah lama kot.. "

"Baru nak start tengok? Orang lain dh tgk smpai latest episod.. " *skang dh smpai ep.141 kalu xsilap*

Dan jawapan aku untuk soalan diatas ialah:

"Whatever! Suka hati la kalu baru tgk pn.. memang aku ketinggalan zaman.. ada aku kesah?? "

Apa-apa lah kan.. yang sebenarnya tu bukanlah cerita utamanya.. heheh.. Cerita dia sekarang ni tiap-tiap minggu aku mesti layan Running Man kat channel OneHD.. sbb tu la weekend je mesti balik PD sbb umah kat s.alam takda HD.. hehe..

Aku sanggup bersengkang mata tiap-tiap malam sabtu sampai pukul 4 pagi tengok marathon RunningMan.. ni semua sebab nk tgk gelagak Jae Suk, Kwang Soo, Jong Kook, Ji Hyo, Gary, Haha ngan Suk Jin.. Gilakan.. Duk dalam gelap depan tv pastu gelak sorang-sorang.. scaryyyyy~


 Pic credit to google image
 

Kalau time kat s.alam plak aku musti online kat youtube tgk episod yang lepas-lepas.. pastu gelak sorg2.. hahha.. ni lah cara aku mengurangkan stress bila balik keje.. wlaupn keje xda la stress mana pn... hehe..

Waktu mula-mula dulu adik aku yang kecik yang syorkan tengok RM ni.. sbb dia gila k-pop smpai majoriti lagu k-pop dia boleh hafal pastu nyanyi balik.. bila sekali tengok trus addicted dan nk tgk lagi.. tgk lagi dan lagi.. smpaikan mak aku pn terjebak skali.. dia siap dh boleh hafal nama2 diaorg.. haha..

Tu je la nk cerita pasal Running Man ni.. next time aku cita pasal gelombang korea yang melanda ku plak ye.. see ya.. :)

Pic credit to google image