BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, April 19, 2013

Jom Mengundi!

 

Source : Berita Semasa
 

"Mari lah mari pergi mengundi.. jangan lupa kewajipan pada negara.. "

cewahhhh.. pagi-pagi jumaat ni tiba-tiba nak buat entry pasal mengundi.. lagi-lagi bila PRU13 yang sedang hangat berlangsung.. esok (20/4) hari penamaan calon dimana kita boleh lah tengok calon-calon yang bakal bertanding di kawasan masing-masing..

Sebagai pengundi muda dan baru pertama kali nak mengundi memang sangat excited.. hahaha.. tak sabar nak tunggu 5hb Mei ni.. iyalah kan sebagai pengundi muda mestilah semangat nak jalankan tanggungjawab bagi memilih pemimpin yang bakal memimpin negara ke arah yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang selain terus berdaya maju untuk berada setaraf dengan negara-negara maju yang lain *ayat poyo xleh blah*

Tapi dalam keghairahan berkempen ni tak payah lah kita saling memburukkan parti yang lain.. berkempen dengan cara yang berhemah dan terhormat.. tidak perlulah nak timbulkan provokasi yang boleh mencabar antara satu sama lain.. buat semua dalam keadaan aman dan terkawal.. untuk penamaan calon esok pun xperlu rasanya ada kekecohan ditempat penamaan calon.  kalau sebelum ini kita ada sahaja cerita-cerita yang tidak enak dilaporkan di media semasa hari penamaan calon.

Selain daripada itu, masih ramai lagi rakyat-rakyat Malaysia ni tidak mendaftar sebagai pengundi.. Jangan hanya tahu pandai bercakap.. kondem sana sini.. itu tak betul, ini tak betul tapi bila ditanya mengundi kat mana tersipu-sipu malu ckp tak daftar lagi.. cakap berdegar-degar.. slalunya ni semua orang-orang yang lantang bersuara mgutuk kerajaan.. kononnya pilihanraya yang dijalankan tidak tulus dan kerajaan membeli undi.. dan kata-kata yang dikeluarkan jika mereka daftar pn keputusan ttp sama yang mana berpihak kepada kerajaan, lebih baik tidak payah mengundi. tp inilah mentaliti org yang tidak yakin atau boleh dikatakan takut menerima kekalahan.. belum berusaha dah mengaku kalah.. jadi macam mana parti yang disokong tu hendak menang jika mempunyai penyokong seperti ini yang tidak keluar mengundi untuk memastikan calon mereka menang.

Sebenarnya aku pernah la berbalah pasal benda ni dengan member-member aku dulu time internship.. diaorg duk kondem kerajaan.. kutuk sana sini.. join bersih.. tp last2 ambil BRIM jugak.. hehe.. bila ditanya dah daftar belom? jawab yang dikeluarkan adalah sama seperti di atas.. nseb la aku ni jenis dgr dn bersabar tp skali kne tembak trus trdiam.. hehe..

Jadi saya menyeru supaya pengundi-pengundi sekalian buat pilihan yang bijak.. jangan gadaikan negara demi satu janji yang belum dapat dipastikan.. undi anda adalah hak anda..

Pasti ada yang tanya saya sokong dan undi parti mana? Jawapannya... undi adalah rahsia.. heheh..

Selamat Mengundi.. Tunaikan Tanggungjawab Anda sebagai Seorang Rakyat Malaysia..

Sambil duk menaip ni terngiang-ngiang lagu Jom Mengundi (Tomok, Shiha, Ayu & Black nyanyi) yang baru..

Source : Berita Semasa
 

2 comments:

si_arnabgemok said...

semangat mengundi yang tinggi

lurvely_akma88 said...

harus lah weyh.. first time tu.. heheh..