Salam Semua...
Tajuk post kali ni macam xblehblah.. hehee..
Tiba-tiba duduk kat ofis terpikir la pulak nak beli baju raya apa untuk tahun ni?? *padahal puasa pun belum dh pikir raya kan.. *
Ala persediaan awal.. sebabnya masuk gaji bulan ni boleh la allocate sikit tuk beli baju raya & apa-apa yang patut.. Kalu nak tunggu dekat raya mmg kopak la.. mana nk kasi duit raya lg.. pastu nk renew roadtax lagi lepas raya *jgn beli keta time raya sbb ni la padahnya ye adik-adik.. *
Apa ye tema yang sesuai nk pakai time raya ni.. baju raya mmg beli yang dh siap je la.. xda tempah-tempah dah la ni.. lgpun tailor mne nak amek lagi tempahan skang.. org lain dh siap tempah 2 3 bulan awal tuk raya.. nk bli peplum ke?? macam dah ramai org pakai.. nk bli dress ke?? ok kot sbb nnt senang nk berjalan.. ke jubah?? loose ckit jadi time raya boleh makan banyak-banyak.. muahahaha *gelak jahat* ke nk beli baju kurung biasa je?? walaupn aku tau mmg aku akan beli walaupn sepasang..
Hurmmm... pastu kang bila dh tau nk beli apa, xtau la pulak nk beli kat mana.. online ke?? pkns ke?? jalan tar ke?? confius dik ton tau.. huhu.. last-last semua pun xjd.. pakai je baju tahun lepas.. hahaha..
Okeyhhhh la.. nak usha-usha jap baju apa yang menarik minat ai tuk pakai time raya ni.. online-online sambil boss xda ni.. hahahah.. *sambil pandang kiri kanan takut ada yg jd spy boss*
Salam Jumaat & Selamat berweekend readers ku sayang.. ad ke yg baca post aku ni??/ hahaha.. :)
Friday, June 21, 2013
Baju apakah yang sesuai untuk Raya 2013 ni??
Posted by lurvely_akma88 at 11:45 AM 0 comments
Tuesday, April 23, 2013
Kerja ku sebagai Event Coordinator
Assalamualaikum semua.. Salam 1Malaysia (ayat poyo.. hahaha..)
Baca tajuk kat atas macam gempak je kan kerja aku.. padahal biasa jer.. hehe.. xda la gempak sangat pn.. cuma aku bersyukur sebab ada kerja dan mempunyai gaji bulanan yang boleh menampung perbelanjaan ku.. cewahhhh~
Aku rasa entry sebelum ini ada bagitahu kan yang aku kerja kat kilang roti Massimo.. ala roti yang baru tu.. bila orang cakap pasal Massimo mesti ada yang cakap macam ni..
"ohhh roti baru tu kan.. yang nak lawan roti G tu..."
"sales Massimo lebih dari roti F kan?? "
"roti Massimo ni lagi sedap dari roti H la.. "
"roti ni yang orang Melayu kena boikot kan.. "
"roti ni yang gunakan tepung bleaching tu kn.. "
bila orang mula mengeluarkan kata-kata diatas, apa reaksi aku adalah NO KOMEN.. aku tak berani la nak komen panjang-panjang kan.. hanya mampu tersenyum.. heheh..
ok berbalik kepada tajuk diatas (sekali lagi ayat poyo.. hahaha..) kerja aku kat sini adalah merancang, mmengawal dan memastikan segala event yang dirancang berjalan dengan lancar. selain daripada itu, aku juga kena merancang dan memastikan segala training didalam dan luar premis berjalan dengan lancar.. nampak tak complicated tugas tu.. hehehe..
tetapi disebalik itu, tugas-tugas ku hanya ada apabila ada event.. bila event dah abis tak tau nak buat paa dan inilah kerjanya apabila tiada kerja.. hahahah.. orang nampak aku sibuk bila ada public visitor yang mana aku akan lakukan semua kerja dari A-Z.. dari dapat request daripada public, pastu mintak approval, susun dalam kalendar, hantar confirmation letter, follow-up dengan visitor, order roti, prepare goody bag, sambut visitor bila diaorang sampai, bagi briefing, jadi speaker menerangkan prose-proses membuat roti, sampailah visitor balik.. fuhhhh penat.. lepas tu macam biasa la kena prepare report dan kira budget yang dikeluarkan..
Kiranya sekarang ni kalau orang awam a.k.a public ni tanya pasal Massimo dan proses-proses nya InsyaAllah aku boleh menjawabnya.. dah tiap-tiap minggu ada visitor pastu terangkan benda yang sama musti la dah naik hafalkan..
Untuk training pun sama.. mula-mula kena cari quotation daripada beberapa training provider lepas ada request daripada HOD, pastu bagi diorang pilih, buat proposal, buat PR, compile name list, email semua orang yang terlibat, order makan & minum, pastikan bilik training siap, register training grant dengan HRDF, liase dengan trainer, pastikan training berjalan lancar, prepare goody bag untuk trainer, compile attendance sheet, photostate sijil bila dah dapat, update training record, claim HRDF.. puhhhh ni pun banyak gak sama macam event tadi..
Dua-dua ni nampak je banyak tapi kalau satu bulan xda event atau training apa la yang nak dibuatkan.. kena la buat-buat busy macam banyak keje.. hahaha.. tp rasanya kalau siapa yang pernah kerja dalam area ni diaorang paham je.. tp paham-paham je la kan kalu keje dalam HR ni..
ok lah.. macam dah panjang lebar pulak bercerita ni.. heheh.. oh lagi satu.. kalau ada sesiapa yang hendak melawat kilang kami bolehlah tulis emel kepada customercare@theitalianbaker.com.my. Buat masa ini kami hanya schedule 1 minggu 1 group je dan lawatan hanya pada hari bekerja (isnin-jumaat) jadi siapa cepat dia lah dapat..
so aku tepekkan sikit gambar-gambar visitor yang pernah datang melawat ke sini..
Cukup la ni kan 3 gambar.. hehe.. majority yang datang adalah budak-budak sekolah dan orang-orang tua.. Mereka-mereka ni yang selalu keluar untuk melakukan aktiviti bersama-sama..
Sampai sini je rasanya entry kali ni.. lain kali kita sambung lagi ye.. :)
*sejuk la plak duk kat ofis time hujan lebat ni..
Posted by lurvely_akma88 at 2:08 PM 0 comments
Labels: Event Coordinator, kerja, Massimo, Pulau Indah, The Italian Baker, training, visit, Westport
Friday, April 19, 2013
Jom Mengundi!
cewahhhh.. pagi-pagi jumaat ni tiba-tiba nak buat entry pasal mengundi.. lagi-lagi bila PRU13 yang sedang hangat berlangsung.. esok (20/4) hari penamaan calon dimana kita boleh lah tengok calon-calon yang bakal bertanding di kawasan masing-masing..
Sebagai pengundi muda dan baru pertama kali nak mengundi memang sangat excited.. hahaha.. tak sabar nak tunggu 5hb Mei ni.. iyalah kan sebagai pengundi muda mestilah semangat nak jalankan tanggungjawab bagi memilih pemimpin yang bakal memimpin negara ke arah yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang selain terus berdaya maju untuk berada setaraf dengan negara-negara maju yang lain *ayat poyo xleh blah*
Tapi dalam keghairahan berkempen ni tak payah lah kita saling memburukkan parti yang lain.. berkempen dengan cara yang berhemah dan terhormat.. tidak perlulah nak timbulkan provokasi yang boleh mencabar antara satu sama lain.. buat semua dalam keadaan aman dan terkawal.. untuk penamaan calon esok pun xperlu rasanya ada kekecohan ditempat penamaan calon. kalau sebelum ini kita ada sahaja cerita-cerita yang tidak enak dilaporkan di media semasa hari penamaan calon.
Selain daripada itu, masih ramai lagi rakyat-rakyat Malaysia ni tidak mendaftar sebagai pengundi.. Jangan hanya tahu pandai bercakap.. kondem sana sini.. itu tak betul, ini tak betul tapi bila ditanya mengundi kat mana tersipu-sipu malu ckp tak daftar lagi.. cakap berdegar-degar.. slalunya ni semua orang-orang yang lantang bersuara mgutuk kerajaan.. kononnya pilihanraya yang dijalankan tidak tulus dan kerajaan membeli undi.. dan kata-kata yang dikeluarkan jika mereka daftar pn keputusan ttp sama yang mana berpihak kepada kerajaan, lebih baik tidak payah mengundi. tp inilah mentaliti org yang tidak yakin atau boleh dikatakan takut menerima kekalahan.. belum berusaha dah mengaku kalah.. jadi macam mana parti yang disokong tu hendak menang jika mempunyai penyokong seperti ini yang tidak keluar mengundi untuk memastikan calon mereka menang.
Sebenarnya aku pernah la berbalah pasal benda ni dengan member-member aku dulu time internship.. diaorg duk kondem kerajaan.. kutuk sana sini.. join bersih.. tp last2 ambil BRIM jugak.. hehe.. bila ditanya dah daftar belom? jawab yang dikeluarkan adalah sama seperti di atas.. nseb la aku ni jenis dgr dn bersabar tp skali kne tembak trus trdiam.. hehe..
Jadi saya menyeru supaya pengundi-pengundi sekalian buat pilihan yang bijak.. jangan gadaikan negara demi satu janji yang belum dapat dipastikan.. undi anda adalah hak anda..
Pasti ada yang tanya saya sokong dan undi parti mana? Jawapannya... undi adalah rahsia.. heheh..
Selamat Mengundi.. Tunaikan Tanggungjawab Anda sebagai Seorang Rakyat Malaysia..
Sambil duk menaip ni terngiang-ngiang lagu Jom Mengundi (Tomok, Shiha, Ayu & Black nyanyi) yang baru..
Posted by lurvely_akma88 at 3:08 PM 2 comments
Labels: 2013, Barisan Nasional, belia, Berita Semasa, DAP, Jom Mengundi, Pas, PKR, PRU13, rakyat Malaysia
Wednesday, April 17, 2013
Kegilaan Running Man telah melanda diriku~
Salam Sejahtera semua.. :)
Hari ini saya nak berkongsi cerita tentang kegilaan yang telah melanda diriku ini.. #GilaSkemaAyat
hahaha..
Skang ni aku duk gila layan Running Man.. dulu masa mula-mula kuar aku slalu ckp apa la yang best sangat dekat cerita ni.. dan aku ni memang la tak layan cerita korea.. rasanya last sekali tengok drama korea zaman Winter Sonata, Autumn in My Heart dengan Full House pastu dah tak berapa tengok dah..
Sekarang ni aku dah gila tengok Running Man walaupun mesti ada yang cakap macam ni..
"Kau ni ketinggalan zaman betul la.. show ni dah lama kot.. "
"Baru nak start tengok? Orang lain dh tgk smpai latest episod.. " *skang dh smpai ep.141 kalu xsilap*
Dan jawapan aku untuk soalan diatas ialah:
"Whatever! Suka hati la kalu baru tgk pn.. memang aku ketinggalan zaman.. ada aku kesah?? "
Apa-apa lah kan.. yang sebenarnya tu bukanlah cerita utamanya.. heheh.. Cerita dia sekarang ni tiap-tiap minggu aku mesti layan Running Man kat channel OneHD.. sbb tu la weekend je mesti balik PD sbb umah kat s.alam takda HD.. hehe..
Aku sanggup bersengkang mata tiap-tiap malam sabtu sampai pukul 4 pagi tengok marathon RunningMan.. ni semua sebab nk tgk gelagak Jae Suk, Kwang Soo, Jong Kook, Ji Hyo, Gary, Haha ngan Suk Jin.. Gilakan.. Duk dalam gelap depan tv pastu gelak sorang-sorang.. scaryyyyy~
Waktu mula-mula dulu adik aku yang kecik yang syorkan tengok RM ni.. sbb dia gila k-pop smpai majoriti lagu k-pop dia boleh hafal pastu nyanyi balik.. bila sekali tengok trus addicted dan nk tgk lagi.. tgk lagi dan lagi.. smpaikan mak aku pn terjebak skali.. dia siap dh boleh hafal nama2 diaorg.. haha..
Tu je la nk cerita pasal Running Man ni.. next time aku cita pasal gelombang korea yang melanda ku plak ye.. see ya.. :)
Posted by lurvely_akma88 at 4:32 PM 0 comments
Monday, March 25, 2013
8 monthsary
Nearly 8 months I've been working.. It is a new experience to start my career after graduating from university. Alhamdulillah I did not have to wait for a long period of time to start work as I am started my work after 1 month completing my studies.
Work in one of the bread manufacturing company is such an interesting to be explored. Looking at the production of the bread make me feel proud because we managed to produce the food for people in Malaysia. Bread is one of the most popular all time meal among Malaysian and also people around the world. People could take it on their breakfast, lunch, tea time and also dinner.
As an Event Coordinator who act as a main role for the factory visit, I managed to get various feedback from the visitor that had come to our factory. Majority of them gave a good feedback and also loveeeee our bread very much. This kind of visit give opportunity to me to know and communicate with all kind of people from kindergarten kids till the senior citizen. It such a good pleasure for me because it help me to polish my communication skills and also building the networking among the visitor.
Besides that, I also manage the training in this company. It is also a new experience to me because I have to plan and also manage the training that is done for the staff either in-house training or public training. It is also a good start where I am able to learn about HRDF which I never knew before. I also manage to build a good rapport with the training provider and it will make easier for me if there is any training needed from the staff.
8 month in the career world is very tough. It is where the new process of learning begun. As a fresh graduate that do not have much experience, many things that I need to learn. What we learn on paper does not applied 100% in the working world. I may be not expertise enough but with practice and chance given, I am sure that I would be able to learn it.
More thing to learn and it will give more challenges to me to go through this world. My job maybe not as great as other but I am really appreciated with what I have now. It is a motivation for me to work harder in order to achieve my dream job.
:)
Posted by lurvely_akma88 at 12:36 PM 0 comments
Friday, March 22, 2013
Hari Jumaat yang Mencabar dan Tercabar
Salam Jumaat.. Salam 1Malaysia.. Cewahhh...
Fuhhh~ Fuhhhh~ tiup habuk-habuk yang ada kat blog ni.. sebab dah lama tak update kan.. hehe..
Hari Jumaat hari ini terasa sangat mencabar dan tercabar.. semua ada la.. stress!! rasa macam nak menjerit je..
Sebab pertama adalah bengang sungguh dengan customer yang tak reti bahasa ni.. bila orang dah cakap tak boleh tu ikut je la.. pastu bila aku cakap tak mahu dengarkan.. memang lagi panas la hati ni.. tapi customer punya pasal sabar kan aje la hati ni.. tak pasal-pasal aku kena tegur dengan manager aku pulak.. haishhhh.. stress.. tapi takpe la.. mungkin ada salah aku gak.. mungkin aku terangkan dia dia kurang jelas.. #TakeItPositive
Sebab aku tercabar pulak adalah ayat-ayat yang keluar daripada orang yang panggil aku interview.. hello abang.. saya bukanlah tak reti baca.. dan saya pun tak da la bodoh sangat.. cuba awak baca mesej saya tu betul-betul.. saya taip "ok.. then i'll meet you on Thursday at 11 a.m. " tu kan confirmation yang saya akan pergi interview tu.. awak boleh la pulak balas "Can u check your calendar Thursday is on 28 or 31st? Don't ask silly question please.." Mungkin awak salah baca kan.. takpe saya maafkan.. tapi tolonglah jangan gunakan ayat DONT ASK SILLY QUESTION tu dengan orang yang kita berhubung.. mungkin awak tak belajar communication kot dulu.. tak pun awak memang dah biasa guna ayat macam tu.. tu boleh jejaskan reputasi syarikat yang awak kerja.. kalau saya bagitau syarikat apa confirm semua orang tau..
Mesej yang baru saya dapat pula suruh datang interview hari Isnin ni pulak.. tengok lah dulu kalu cuti approve.. huhu.. tiba-tiba dah rasa down pulak bila mula-mula dapat mesej macam yang kat atas tu..
Dah lah tu membebel.. tapi saya dah jumpa terapi baru untuk kurangkan stress.. blogging..
Yes by blogging we can reduce our stress level. People might use thousand of ways to reduce the stress and I'm found mine. Writing can release some of my reduce even though it is not 100%. After this I will keep blogging cause it is maybe one of the exercise for me to improve my writing skills.
p.s: Sorry ayat dalam blog kali ini agak skema sebab saya akan cuba untuk tulis sepenuhnya dalam bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris dengan betul.. practice makes perfect..
Keep following my blog people.. see you then..
Jom lunch! :)
Posted by lurvely_akma88 at 12:56 PM 0 comments
Sunday, February 26, 2012
heyyy u!!
halluuuu.. hey there..
Posted by lurvely_akma88 at 4:56 AM 0 comments



