Assalamualaikum semua~
Lamanya dh xupdate blog ni.. Terbiar kesepian macam tuan dia jugak. Hehehehe.. So arini aku nak kongsi sikit pengalaman pergi interview utk TPM atau nama penuhnya Tenaga Pengajar Muda kat UiTM..
Memandangkan ini pertama kali aku apply dan dapat pulak panggilan interview, jd ketaq lutut dia lain macam sikit.. Aku dpt email dari UiTM 26/11, tarikh interview 3/12/2014, so aku ada seminggu je untuk prepare apa yang patut.. Sbnrnya lepas hantar borang aku dh google macamne interview tu nnt.. Jd dah tau la apa yg nk kena buat dan sediakan..
Kalau ikutkan apa yg aku baca kat internet, semua interview kena buat mock-teaching. Ape tu? Dia ala-ala mengajar olokolok tp bila kat depan panel yg berpengalaman mau la tak cuak.. Tapiiiiii.. Aritu takda pun mock-teaching ni.. Selamat.. Phuewwwww~
Jadi bila xda mock-teaching ni terus je la interview.. Panel interview je ada 7 org.. Gila nk menjawab.. Tapiiiii *ada tapi lagi* naseb baik soalansoalan mereka tu tidaklah membunuh..
Mulamula masuk bilik interview mmg la nervous dia semacam.. Sampaikan duduk pun xbetul dannnn ketua panel siap tanya are you ready? Sebelum masuk dia akan mintak dokumen asal yang kita bwk seperti transkrip, surat beranak, sijilsijil brkaitan dgn research proposal kalu ada..
So soalan soalan yang ditanya adalah seperti berikut:
"tell us about yourself, working experience, your expectation and why do you applied for this TPM"
"do you need the scholarship or you want to work with uitm?"
"how can you use your working experience while teaching?"
"do you think your working experience is helping when you teach your student?"
"if you did not get this scholarship, do you still want to pursue your study?"
"apakah bidang / fokus penyelidikan yang anda akan buat?"
"bagaimanakah anda dapat menjalinkan hubungan/jaringan dengan pelajar anada nanti?"
"apakah yang awak boleh sumbangan apabila menjadi seorang pengajar?"
Bila dah macammacam yang ditanya mmg la jwb pn macammacam.. Apa yg terlintas kat kepala je jawab.. Yang penting kena confident dn senyum jeeee..
Resultnya?? Tak tahu la lagi.. Moga2 dapat la berita yang gembira dan rezeki brpihak kepada aku sbb nya hari aku interview tu je utk major Public Relations je ada dalam 12 org.. Tp yg mungkin trpilih dalam sorang atau dua je..
Ok lahhhhh.. Cukup sampai disini saja coretan ku kali ini.. Moga2 pengalaman aku ni dapat digunakan utk sapa2 yang nk pegi interview TPM lps ni.. Wlaupn xsama soalan setiap org kne tp selalunya lebih kurang mcm ni la situasinya..
Bubyyeeeee.. Selamat malam!
*ohhh esk cuti, maklumlah org duduk kat selangor.. Selamat Hari Keputeraan buat Sultan Selangor.. Daulat Tuanku!
Thursday, December 11, 2014
Pengalaman Interview TPM
Posted by lurvely_akma88 at 1:49 AM 0 comments
Labels: inteview, PR, public relations, tenaga pengajar muda, TPM, uitm
Tuesday, December 10, 2013
Banjir oh Banjir~
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...
Moga semuanya sihat-sihat belaka dan berada didalam keadaan yang baik..
Sekarang ni musim banjir jadi pada anda-anda yang berada dikawasan banjir tu tolonglah berhati-hati.. sebabnya air ni pun macam api.. kecik-kecik kawan, dah besar boleh jadi lawan.. kita takmau la dengar ada yang menjadi korban keganasan air banjir ni..
buat ibubapa / abang-abang / kakak-kakak jaga anak-anak dan adik-adik kalian supaya jangan seronok sangat bila main air banjir. Air banjir ni pun bukannya bersih sgt.. banyak kuman yang ada dlm air tu.. nnt sakit susah pulak..
tapi 2 3 hari ni cuaca dah semakin elok.. panas terik jer.. alhamdulillah~
bila dah panas ni boleh la mengurangkan paras air banjir.. insyaAllah 2 3 hari dah boleh surut banjir dan mangsa-mangsa banjir di kawasan pemindahan boleh lah pulang ke rumah masing-masing..
bila dah surut banjir ni.. kerja-kerja pembersihan rumah / kawasan kne jalankan.. memang memerlukan tenaga dan kesabaran yang tinggi. Aku rasa kebanyakan barang-barang dalam rumah semuanya rosak dan tidak boleh digunakan lagi.. mungkin termasuk kereta dan motor sebab bila tengok gambar habis semua kereta terapung jer..
dalam menghadapi banjir ni semua kenalah tahan mental dan emosi. rasanya sape yang tak sabar dan tak kuat semangat memang tak boleh hadap dugaan ni.. aku yang baru banjir sikit aritu dah kecoh.. blom pun air masuk dalam keta, baru je kat bawah enjin pn aku dah cuak.. ni kan pulak yang rumah nampak bumbung jer..
papepun.. sekali lagi berhati-hati dalam musim banjir ni.. insyaAllah dengan izin Allah semuanya akan kembali seperti biasa. Aku hanya mampu mendoakan keselamatan dan kesejahteraan kalian dari jauh.. nanti balik ni nak kumpul baju-baju yang masih elok utk didermakan..
sampai sini saja.. kita jumpa lagi di entri yang lain ye.. nnt aku post gambar-gambar time dinner company plak.. owh lupa plak esk Selangor cuti! yahooooo! :)
*suara dah lain bila bercakap tanda-tanda nk demam + sakit tekak*
Posted by lurvely_akma88 at 4:19 PM 1 comments
Friday, October 11, 2013
Hellooo.. Helllooo.. Helllloooooo...
Hye.. hye.. hye..
Macam lama je dah tak menjengah blog kesayangku ini.. heheh..
Dah berhabuk sikit bila tengok keaadaanya.. biasalah kan lately ni rasa macam busy sikit dengan tugasan-tugasan ku di pejabat.. nak bernafas pun macam tak sempat.. bila dah balik rumah memang tak la nak update-update ni.. hahaha.. bila kat rumah itu adalah waktu untuk berehat.. say not to laptop or other works.. but not applicable to my tab.. hahaha..
Disebabkan kilangku ini tengah sibuk dengan projek, jadi serba sikit aku pun terkena la tempiasnya. Sekarang ni sibuk siapkan permohonan visa untuk engineer-engineer dari overseas.. Banyak jugaklah dokumen yang perlu diisi dan perlu disiapkan.. tapi tak pelah, sentiasa positif dan anggap itu adalah pengalaman baru.. lepas ni boleh dikatakan expert la bab-bab visa application ni.. hehe..
Dan apabila membuat visa ni dan perlu berkomunikasi dengan syarikat-syarikat di luar negara, itu adalah satu lagi pengalaman sebabnya ia secara tidak langsung dapat membaiki aku punya communication skills.. dari tak confident nak tulis emel kat diaorg sekarang ni dengan selamber aku mengarang emel tu.. hahaha.. *overconfident sgt ni*
Selain dari tu, aku juga kena deal dengan pihak hotel, buat reservation, deal dengan car rental company, dan lain-lain lagi.. semuanya kena cepat sebab nk kejar dateline *deathline pn bole*
Bagi aku tugas-tugas macamni telah memberi banyak latihan kepada ku untuk berkomunikasi dengan semua pihak walaupun agak memenatkan dan leceh jugak la.. xpe2.. sikit kita kumpulkan pengalaman tu.. mana tau berguna tuk masa hadapan.. cewaahhhh.. hahah..
Okay lah.. xpayah nak tulis panjang-panjang sangat la cik ain pun.. ntah ada orang baca ntah tidak kan.. tp terima kasih pada followers ku yang sudi meluangkan masa membaca ya.. thank you so much!
Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha buat semua umat Islam...
Sekian :)
Posted by lurvely_akma88 at 12:20 PM 0 comments
Friday, August 2, 2013
Hari kelahiranku~
Assalamualaikum dn salam sejahtera semua~.
Pejam celik kini tinggal bberapa hari saja sebelum Ramadhan melabuhkn tirainya..
Alhamdulillah pada selasa lepas iaitu 30/7, aku telah mnyambut lagi hari kelahiranku yg ke25 tahun.. *dh suku abad tu* hehee..
Happy birthday to me
Happy birthday to me
Happy birthday happy birthday
Happy birthday to me..
Lagu birthday pn nyanyi sendiri kn.. *sedeyhhhh* hehe.. Xda sape pn nk smnt birthday dgn kita.. Hehehe.. Xpe la bkn nye ape pn.. Xheranlah kalu xda sape celebrate or xda surprise party *kononkononnya*
Bagi aku yg penting doa doa dari org2 yang tersayang.. Tu dh ckup best da.. Kalu dpt hadiah tu kira bonus la.. Utk tahun ni byk wish yg aku dpt adalah supaya cepat2 dpt jodoh.. *dh tua sgt ke 25 ni??* aku rasa aku ni masih maintain awet muda.. Heheh.. Smpaikn org slalu tnye sekolah lg ke? Nmpk x mudanya kat situ.. Hehehe..
Untuk harijadi ku kali ini aku brdoa agr sntiasa dilindungi, dirahmati, diberkati oleh Allah s.w.t dlam.apa jua keadaan.. Sentiasa dimurahkan rezeki, dipanjangkan usia ku, diberikan kesihatan yg baik, dipelihara imanku, jauhkan ku dari segala kejadian yg mungkar serta dipertemukan ku dgn jodoh yg dpt mbimbingku di dunia dn akhirat.. Amin~
Kepada rakan rakan dn keluarga ku, terima kasih byk2 diatas segala ucapan dn kasih sayang yg telah diberikan dn dicurahkn kepada ku..
Owh. Owh.. Hari genap setahun aku kerja lat Massimo.. Alhamdulillah..
Ok lah smpai sini dlu.. Assalammualaikum~
Posted by lurvely_akma88 at 11:07 AM 0 comments
Labels: 25, android, anniversary, birthday, blogger mobile apps, Massimo
Thursday, July 18, 2013
Testing~
Assalamualaikum~
Testing testing 1 2 3..
Entry ni sebenarnya saja je nk test sebab aku bru download blogger mobile apps.. Jadi nk test la macam mana nk guna. Hehe..
Sambil test test ni nk explore la jugak apa yain lainnya dengan web version..
Ok la tu je.. Nnt bila dh byk kali guna baru la aku review pasal apps ni ye..
P/s: aku xtau knapa 2 3 hari ni craving nk makan korean food.. Arghhhh.. Puas aku gugel smlm cari tmpat yg halal..
Posted by lurvely_akma88 at 1:27 PM 1 comments
Labels: android, blogger mobile apps, food, korean, samsung, test
Wednesday, July 10, 2013
Salam Ramadhan
Assalammualaikum w.b.t..
Pejam celik pejam celik dah pun tiba bulan Ramadhan al-Mubarak..
Alhamdulillah.. kita berpeluang untuk berjumpa lagi dengan bulan yang mulia ini dan sentiasa dinanti-nantikan oleh seluruh umat Islam.. Moga dibulan yang mulia ini kita akan sentiasa berusaha dalam mempertingkatkan amal ibadat kita sebagai bekalan di akhirat kelak..
Disini saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat berpuasa buat semua kaum muslimin & muslimat yang tidak kira berada dimana-mana.. moga selamat menjalani segala ibadat yang dituntut terutamanya dalam mencari Lailatulqadar di bulan yang mulia ini..
Satu je nasihat... jaga makan & minum.. jangan beria sangat makan bila buka puasa sbb nafsu makan dibulan Ramadhan ni melebih-lebih lagi-lagi bila dah sampai kat bazar ramadhan.. smuanya nak dibeli macam esok dah tak jumpa makanan tu...
Selain itu.. jaga peribadi, jaga kelakuan.. bagi kaum wanita tu.. tolong lah tutup sikit apa yang patut.. tak payah la nk sexymexy bulan-bulan puasa ni.. bukan kurangkan pahala orang lain jer.. bukan lah suruh pakai baju kurung + tudung sentiasa.. tp xyah la pakai skirt/seluar pendek + sleeveless shirt bila nk pegi bazar ramadhan / shoping raya.. kesian abang-abang kat luar tu sbb kurang pahala bila tgk anda2 berpakaian macam tu.. :) Saya pun bukan la sempurna sangat tp itu sekadar peringatan buat kaum wanita yang sayangkan saudara Muslimahnya..
Owh lagi satu.. malam-malam marilah kita meramaikan masjid untuk menunaikan solat terawih.. tapi selalunya awal-awal Ramadhan masjid penuh smpai ke saf yang belakang.. Alhamdulillah.. tapi yang tak bestnya 2 minggu lagi nak raya, bilangan jemaah tu makin berkurangan.. slalu yang ad pun atok-atok, pakcik-pakcik, nenek-nenek je yang ad.. yang lain smua dh hilang.. sibuk buat kuih raya kot.. hehehe.. :)
Apa-apa pun jadikanlah Ramadhan ini sebagai satu bulan dimana satu permulaan kepada kebaikan / perubahan ke arah yang lebih baik.. jangan hanya buat baik dibulan ini sahaja tetapi teruskanlah dan jadikan ia sebagai satu amalan smpai bila-bila.. InsyaAllah..
Selamat berpuasa semua dan moga Ramadhan kali ini membawa seribu satu kenikmatan dan keberkatan kepada kita semua.. InsyaAllah..
Friday, June 21, 2013
Baju apakah yang sesuai untuk Raya 2013 ni??
Salam Semua...
Tajuk post kali ni macam xblehblah.. hehee..
Tiba-tiba duduk kat ofis terpikir la pulak nak beli baju raya apa untuk tahun ni?? *padahal puasa pun belum dh pikir raya kan.. *
Ala persediaan awal.. sebabnya masuk gaji bulan ni boleh la allocate sikit tuk beli baju raya & apa-apa yang patut.. Kalu nak tunggu dekat raya mmg kopak la.. mana nk kasi duit raya lg.. pastu nk renew roadtax lagi lepas raya *jgn beli keta time raya sbb ni la padahnya ye adik-adik.. *
Apa ye tema yang sesuai nk pakai time raya ni.. baju raya mmg beli yang dh siap je la.. xda tempah-tempah dah la ni.. lgpun tailor mne nak amek lagi tempahan skang.. org lain dh siap tempah 2 3 bulan awal tuk raya.. nk bli peplum ke?? macam dah ramai org pakai.. nk bli dress ke?? ok kot sbb nnt senang nk berjalan.. ke jubah?? loose ckit jadi time raya boleh makan banyak-banyak.. muahahaha *gelak jahat* ke nk beli baju kurung biasa je?? walaupn aku tau mmg aku akan beli walaupn sepasang..
Hurmmm... pastu kang bila dh tau nk beli apa, xtau la pulak nk beli kat mana.. online ke?? pkns ke?? jalan tar ke?? confius dik ton tau.. huhu.. last-last semua pun xjd.. pakai je baju tahun lepas.. hahaha..
Okeyhhhh la.. nak usha-usha jap baju apa yang menarik minat ai tuk pakai time raya ni.. online-online sambil boss xda ni.. hahahah.. *sambil pandang kiri kanan takut ada yg jd spy boss*
Salam Jumaat & Selamat berweekend readers ku sayang.. ad ke yg baca post aku ni??/ hahaha.. :)
Posted by lurvely_akma88 at 11:45 AM 0 comments